Kandungan PMP

Kemahiran Membaca
TAKRIF MEMBACA
Harris dan Sipay (1980)
-menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang bercetak atau bertulis.
Kenedy (1981)
-keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan).
-Membahagikan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya.
Rumusan Konsep Membaca
-Membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis serta memahami kandungannya.
Terdapat 2 tujuan membaca iaitu:
i)Tujuan serta – merta
ii)Tujuan lanjut



Tujuan serta-merta

Membolehkan kanak-kanak membaca dengan bunyi,sebutan,intonasi yang betul.
Menbolehkan kanak-kanak membaca senyap tanpa sebarang gangguan.
Menimbulkan minat membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisian masa lapang.
Menambahkan ilmu pengetahuan kanak-kanak.
Mewujudkan sikap suka dan mahu membaca.


Tujuan Lanjut


sebagai alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah.
Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perbuatan
baik yang dilakukan oleh orang lain.
Luaskan fahaman dan membetulkan idea atau pendapat yang salah.
Sebagai latihan untuk melahirkan fikiran dengan baik dan teratur.
Rapatkan diri dengan masyarakat dan memudahkan untuk mengikuti perkembangan alam
dan manusia.
Elakkan diri daripada ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan semasa.




Proses Membaca

iBacaan Mekanis
ii)   Bacaan Mentalis
iii)  Bacaan Intensif
iv)  Bacaan Ekstensif

Bacaan Mekanis
Juga dikenali sebagai bacaan bersuara.
Bacaan bersuara adalah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat – alat pertuturan.
Biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan.





















No comments:

Post a Comment